Assalamualaikum.
Senyum lah pada sesiapa sekali pun. Mulakan hari-hari kita dengan senyuman. Murah rezeki tau. Jika jumpa momok pun, senyum je lah. Hehehe.
Senyum itu begitu bermakna. Juga adalah terapi kepada tekanan dan kemurungan. Senyum adalah suatu sifat yang semulajadi baik dan indah. Tidak semua orang mampu senyum dengan ikhlas. Mereka yang kurang senyum, mungkin kurang disenangi kerana mungkin dianggap kasar, sombong dan kerek.
Kita amat di galakkan untuk senyum sebab kita sentiasa akan disenangi oleh orang lain. Jika kita berniaga sekalipun kita harus senyum kepada pelanggan-pelanggan kita supaya mereka amat selesa dan disenangi. Percayalah dengan rezeki Allah S.W.T dengan seadanya.
Tidak kiralah apa situasi sekali pun yang menekan kita.. Kita boleh ubati dengan mimik fizikal kita dengan senyuman. Lihatlah dicermin. Sejauh mana senyum kita boleh membuat kita tenang.. Hehehe
Seseorang yang dapat membuatkan orang lain senyum, boleh dikatakan hebat kerana ia tidak berlebih menjadi gelak. Gelak adalah berbeza dengan senyum. Gelak ini adalah melibatkan perbualan dan pendengaran terhadap jenaka-jenaka manusia itu sendiri. Pasti kita amat teruja jika kita sentiasa tersenyum apabila ada yang menyuruh kita senyum. Keadaan sahaja yang menentukan sama ada ia sesuai untuk kita senyum apabila di suruh senyum.
Tahukah anda bahawa senyum juga dikatakan dapat memberikan awet muda pada wajah kita. Nescaya, senyuman itu jauh lebih baik dari bermuka masam dan cengih.
Jika terpaksa sekalipun, kita usaha lah untuk senyum supaya hati dan perasaan orang lain akan tenang dan selesa. Amalkan senyuman demi kebaikan semua orang. Berubah kepada yang lebih baik itu tidak salah.
Take A Smlie when, wherever and forever. Good Luck (",)
SMILE
SMILE
SMILE ALWAYS!!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment