nuffnang

04 July 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 16

SMART PHONE FT ANDROID


Salam Sejahtera, hari ini mari kita bersama membuka minda akan kegilaan semua orang di seluruh pelusuk dunia sekarang ini.

Smart Phone!! Sungguh di idami oleh setiap orang buat masa kini. Hidup di zaman moden ini membuatkan semua orang sedaya upaya mendapatkan Telefon Bimbit Pintar yang berbagai jenama, bentuk dan kelajuan.















Saya yakin, ramai dah tahu apa itu Android? Android adalah aplikasi atau perisian yang digunakan oleh telefon-telefon pintar terpilih untuk menjadi pelantar (base) atau platform. Android juga memberikan kepantasan capaian dan kelajuan mengikut kadar pecutan telefon yang berbeza mengikut jenis dan harga.




Playstore adalah market place untuk kita untuk dapatkan segala jenis perisian secara percuma dan belian. Kebanyakannya adalah percuma pada permulaan. Kaki-kaki permainan elektronik juga tidak ketinggalan memuat turun seberapa banyak aplikasi sehingga mereka jemu. Hehehe. Memandangkan teknologi tanpa sempadan kini begitu berkembang pesat, tidak hairanlah ia menjadi perbualan setiap orang.


Jenama yang terhangat di pasaran kini adalah SAMSUNG (KOREA) di ikuti oleh IPHONE (Amerika) seterusnya SONY (JAPAN), MOTOROLA, HUAWEI , ALCATEL, 9 TECHNOLOGY dan lain-lain.
Kita tahu bagaimana impak SAMSUNG bagi golongan sederhana dan pertengahan yang ramai di kalangan kita. Harga yang berpatutan dan banyak pilihan inilah yang menjadikannya pilihan utama rakyat Malaysia.


Namun, ada kesan sampingan apabila masing-masing terlalu asyik dengan alat komunikasi canggih ini. Sedar tidak sedar yang kita sudah menjadi anti-sosial. Tidak bertegur sapa kerana asyik dengan telefon terutama selepas waktu kerja, berehat tengahari, atau di mana sahaja. Mungkin kita kena sedar dari kemarukan dan ketagihan menggunakan jari kita. hehehe. Pernahkah anda terfikir yang memegang dan menggunakan telefon bimbit terlalu lama akan menyebabkan kita mengalami STRING atau kekejangan jika tidak di kawal. Pastikan kita berada posisi yang sesuai dan lengan kita beralas ketika menggunakan telefon.

Telefon bimbit yang terlalu kecil dan terlalu besar juga mungkin akan mengakibatkan penglihatan kita terganggu. Pernahkah anda menjadi kabur sekita apabila beralih pandangan daripada telefon bimbit? Pastikan anda berhati-hati menggunakannya. Hehehe..


Baiklah. Kita seharusnya bersyukur dengan teknologi yang boleh kita nikmati sekarang ini. Semua di hujung jari kita. Apa sahaja yang kita mahu akan kita dapat jika kena gaya dan caranya. Jangan kita lalai dan alpa dengan sehinggakan kita terlupa pada tanggung jawab kita kepada agama, bangsa dan negara. Janganlah kita menggunakan medium yang pintar ini untuk melakukan sesuatu yang di luar tabii dan sifat mulia kita. Berhemahlah menggunakan telefon pintar ini. Kita perlu lebih bijak dan sentiasa berwaspada.

Erti kata lain, SMART PHONE berguna seiring dengan kemajuan teknologi moden sekarang ini. Belilah mengikut kemampuan kita. Elakkan dari menggunakan sifat ingin menunjuk-nunjuk dan membazir. InsyaAllah, semuanya akan bermanfaat buat kebaikan semua orang. 






No comments: