nuffnang

04 July 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 18

Ramadhan Menjelang Tiba 2013

Assalamualaikum.

Dipagi jumaat yang indah dan nyaman ini, marilah kita bersama memanjat doa tanda kesyukuran kerana masih ditemukan dengan penghulu segala hari ini. Tidak lama lagi kita akan menemui bulan yang paling mulia iaitu bulan RAMADHAN. Sudahkah kita bersedia untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan?



Kita wajib berpuasa di bulan Ramadhan kerana ia adalah salah satu RUKUN ISLAM yang harus kita tunaikan sebagai seorang muslim. Sejauh mana pendekatan kita untuk mengimarahkan bulan ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat selain daripada menahan lapar pada siang hari? 

Kita tahu, kita amat digalakkan untuk membaca AL-QURAN dan menghadiri ceramah-ceramah agama. Memperbanyakkan Solat Sunat juga digalakkan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk bertadarus AL-QURAN selain daripada memperbanyakkan membaca kitab suci ini. InsyaAllah, dengan keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T kita akan menjadi seorang insan yang berjaya didunia dan akhirat.

Pastikan kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T, kita akan dapat menikmati kenikmatan berpuasa.


No comments: