nuffnang

09 July 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 19

BAAZAR RAMADHAN!! Oh.. Sedap dan nikmatnya...


Assalamualaikum. Selamat Berpuasa. 
Esok kita sudah mula berpuasa bagi tahun 2013. 
Adakah kita sudah bersedia dari segi mental rohani dan jasmani. 
Sejauh manakah kita mampu menahan nafsu, lapar dan dahaga?? 
Baazar ramadhan menjadi tumpuan untuk kita yang sibuk bekerja sehingga tidak cukup masa untuk menyediakan juadah berbuka.



Melihatkan berbagai-bagai kuih dan muih sudah tentulah membuatkan mata dan deria bau kita menjadi kelam kabut. Di ikutkan hati semua hendak beli. Duit menjadi persoalan?? Adakah dengan membeli berbagai-bagai jenis lauk akan membuatkan kita rasa puas? Cuba kita hilangkan perasaan tamak ini. Ingat!! banyak lagi persiapan raya yang lain perlu kita gunakan duit itu sebaiknya. Hehehe.



Pada saat inilah berbagai-bagai jenis lauk-pauk terhidang didepan mata. 
Mungkin ada yang kena dengan selera dan favourite kita. 
Al-maklumlah, sebulan setahun sekali.. hehehe... 
Masing-masing ada makanan kegemaran untuk berbuka. Setakat yang saya tahu. Ada beberapa menu yang menjadi kegemaran dan kemarukan seseorang untuk dijadikan juadah berbuka.


Kebab adalah salah satu juadah sederhana berat yang harganya adalah berbaloi dengan tahap kesedapannya. Anda boleh mencubanya kerana ia berintikan daging lembu atau ayam. Lazat. Saya suka yang ini.




Oh. Ayam Golek. Yang ini terlalu meliurkan saya. Bayangkan jika ayam golek ini begitu berempah, rangup diluar, lembut manis di dalam. Sunggup sodap baitu.. Hehehe..



Murtabak Ayam dan Murtabak Daging. Dimakan dengan bawang merah sirap. Sungguh sedap tau. Cubalah. Ini adalah antara menu paling laris di baazar Ramadhan.. Hehehe.. Sesungguhnya, makanan inilah menjadi juadah utama saya pada setiap hari berpuasa. Hehehe.




Kalau nak manis-manis dan lemak.. Kuih Tepung pelita inilah paling sesuai. Dengan rasa pandannya yang begitu berorama, sudah pasti ia menjadi pemanis mulut terbaik dibulan ramadhan.



Chicken Wing!!! amboi.. wanginya... sedap dan berempah dengan rasa madu di bakar grill... Nikmatilah kesedapan kepak ayam ini. Anda pasti terliur.




Salah satu juadah minuman sedap adalah lai chee kang!! bukan setakat air sahaja, ia juga mengandungi berbagai-bagai jenis bijirin, herba dan teksture yang mampu mengenyangkan kita. Cubalah.





Air!! setiap juadah perlu ada air. Berbagai-bagai jenis air yang ada di baazar Ramadhan. Kita boleh memilih mengikut cita rasa kita. Air yang baik adalah air yang betul-betul dari jus buah asli. Original home made. Hehehe.. terpulanglah. Ingat. Kita perlu berjimat cermat. Raya nanti lagi banyak duit nak pakai.. Good Luck.. Selamat Berpuasa dan Selamat berbuka Puasa. Wassalam.

No comments: