nuffnang

28 May 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 1

Assalamualaikum.

Di tengahari yang hening ini, saya ingin mendoakan agar keluarga, kawan-kawan, cikgu-cikgu, boss-boss, seteru-seteru, dan umat manusia semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan walafiat.

Tahun-tahun berlalu dengan pantas sekali. Sedar tidak sedar, Umur ku dah last 2-series.. maknanya tahun depan dah cecah 30 tahun.. uihh.. dah middle age ke ek??.. hehehe..Anyway, aku amat bersyukur sebab dikurniakan keluarga dan sahabat yang sentiasa happy dan smile always dalam suka dan duka aku menempuh hari-hari berlalu.

Disamping isteri tercinta Siti Khadijah di setiap hariku, membuatkan diri aku betul-betul dihargai dan bahagia. Suka duka dan pahit manis itu lumrah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apa yang penting?? KERJASAMA... hehehe..

Dikurniakan 3 cahaya mata banyak memberi impak yang besar mahu dari segi tanggungjawab dan rezeki.
Alhamdulillah. Ketiga-tiga anak kami ini amat kami sayangi dan cintai. Mereka jualah penghibur hati lara kami. Sebagai seorang ayah yang membesarkan mereka hari ke hari, dengan full work dari isteri tercinta amatlah best dan syok..

Bukan mudah untuk kekalkan keluarga bahagia ini. Pelbagai onak dan duri perlu dilalui pada masa akan datang. Namun, kita kena pikir positif, setiap yang datang itu pasti ada hikmahNya.. kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-gala. 

Aku bersyukur kerana dapat bekerja dan berkhidmat pada rakyat walaupun sekadar di belakang tabir. Menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan hasil-hasil kerja aku adalah yang terbaik dari ladang. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Kami tiga beradik masing-masing dapat berkhidmat dalam sektor yang sama. Rezeki Ayah dan Ibu ku. Ayah ku adalah pesara bekas Penyelia pengawal keselamatan syarikat swasta manakala ibuku masih bekerja dirumah dengan mengambil upah menjaga anak-anak jiran. Syukurlah, mereka membesar dengan baik.

Banyak perkara yang tak terbalas oleh aku kepada Ibu dan Bapa ku ini. Namun, aku cuba yang terbaik dengan meramaikan cucu buat mereka.. hehehe..

Adik beradik aku semua lelaki. Kami bertiga adalah BIG HERO di mata ayah dan ibu. Manakan tidak, masing-masing ada kehebatan masing-masing menurun dari Ayah la katakan. Tapi tak semua dapat full.. hehehe.. sikit-sikit je.. jadilah ye tak.. 

Kami adik beradik rapat, cuma bab sembang ni kureng sikit sebab masing-masing lebih suka luahkan pada kawan-kawan. Aku yang paling suka menyembang. tak percaya?? hehehe.. Apapun kami cuba yang terbaik untuk memastikan keturunan kami adalah dari yang baik-baik.. InsyaAllah.

Cinta hatiku Siti Khadijah. Dialah permata, dialah intan, dialah payung, dialah jauhari segala-gala buat aku. Dengan kelembutan dan keayuannya jugalah buat aku terpikat selamanya. Mengambil berat sejak dari mula kami kenal sehinggalah sekarang dan yang betul-betul buat aku teruja ialah Kejutan-kejutan yang tak pernah lekang dari kehidupan kami pada setiap hari istimewa. Alhamdulillah, ini lah antara rencah-rencah sedap dalam kehidupan perkahwinan.

Permulaan yang baik adalah dari hati yang ikhlas.
Wassalam. (",)                                                                        by otaion jai