nuffnang

13 October 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 25

Syukur Alhamdulillah..

Khalimah Allah sudah diwartakan eksklusif untuk umat Islam sahaja.. dengan ini, kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T Kerana limpah kurnia dan hidayahNya, kita masih mampu mempertahankan NamaNya..

P/s : kepada pemimpin2 yang hanya bertekuk lutut membenarkan kalimah Allah digunakan, beringatlah.. Allahualam.

10 October 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 23

Kenaikan Juruteknik J17 ke J29 betul ke ni??

Apapun, kenaikan ini adalah rezeki masing-masing. Mungkin giliran kita belum lagi. Jadinya kita perlulah menerima seadanya kerana suka saya ingin memetik kata-kata seseorang, KITA SEMUA BERSAMA MEMACU EKONOMI NEGARA!! mendalam maksud kata-kata ini.. 

Tahniah kami ucapkan kepada semua Juruteknik seluruh Malaysia. Bekerja lebih tulus dan ikhlas demi kesejahteraan kita bersama. Im proud to be Malaysian.. Syukur Malaysia Masih Berdaulat!!!

09 October 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 22

Assalamualaikum

Dah lama jugak tak post kat blog ni. Hope you all semua sihat walafiat. Sentiasa senyum dan berkasih sayang tanpa pernah kenal erti jemu. Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Marilah kita bersama mendoakan agar para jemaah haji seluruh dunia mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia.

Semoga amalan berkorban kita di redhai Allah S.W.T.. amin.