nuffnang

24 September 2014

Gundam Build Fighters membangkitkan semangat aku.


Siri animasi 2013 Gundam Build Fighters ini betul-betul menguatkan kembali semangat aku untuk membeli model yang terbaru. Fuyoo.. korang boleh layan citer ni walaupun anda sudah berkahwin.. Aku memang suke animasi-animasi robotik jepun kerana mereka memperlihatkan kreativiti inovasi dan imaginasi yang kita sendiri mungkin tidak terfikir.

Kagum kerana gundam kali ini berbentuk BATTLE. Gundam yang diperbuat daripada plastik mampu dihidupkan dan dimainkan pada sebuah mesin yang imaginasi paparan 3d yang menggunakan sejenis batu cahaya yang dikenali sebagai Palvysky.

Lihatlah dan download secara percuma dan direct 


Gaji ni kena la beli satu.. hehehe... lama dah tak pasang.. hehehe... gian plak jadinya.
Gundam the best!!! Chai yok!!!





Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


mY BELovED FAMILY


rAYA Punya pasai merah pun merah la.. hahaha..

13 October 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 25

Syukur Alhamdulillah..

Khalimah Allah sudah diwartakan eksklusif untuk umat Islam sahaja.. dengan ini, kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T Kerana limpah kurnia dan hidayahNya, kita masih mampu mempertahankan NamaNya..

P/s : kepada pemimpin2 yang hanya bertekuk lutut membenarkan kalimah Allah digunakan, beringatlah.. Allahualam.

10 October 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 23

Kenaikan Juruteknik J17 ke J29 betul ke ni??

Apapun, kenaikan ini adalah rezeki masing-masing. Mungkin giliran kita belum lagi. Jadinya kita perlulah menerima seadanya kerana suka saya ingin memetik kata-kata seseorang, KITA SEMUA BERSAMA MEMACU EKONOMI NEGARA!! mendalam maksud kata-kata ini.. 

Tahniah kami ucapkan kepada semua Juruteknik seluruh Malaysia. Bekerja lebih tulus dan ikhlas demi kesejahteraan kita bersama. Im proud to be Malaysian.. Syukur Malaysia Masih Berdaulat!!!

09 October 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 22

Assalamualaikum

Dah lama jugak tak post kat blog ni. Hope you all semua sihat walafiat. Sentiasa senyum dan berkasih sayang tanpa pernah kenal erti jemu. Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Marilah kita bersama mendoakan agar para jemaah haji seluruh dunia mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia.

Semoga amalan berkorban kita di redhai Allah S.W.T.. amin.

31 July 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 21

Assalamualaikum.

Memandangkan saya tertarik dengan artikel terbaru oleh cherryvspisang.blogspot.com saya akan berikan pandangan sokongan kepada artikel beliau. Berkenaan dengan Stress ( tekanan ).



Apakah itu tekanan (STRESS)? 
Tekanan adalah tindak balas seseorang kepada tekanan seperti keadaan alam sekitar atau rangsangan. Tekanan adalah cara badan untuk bertindak balas terhadap cabaran. Menurut kepada peristiwa tekanan, cara badan untuk bertindak balas terhadap tekanan adalah dengan pengaktifan sistem bersimpati saraf yang menyebabkan tindak balas melawan-atau-penerbangan. Tekanan biasanya menerangkan satu keadaan yang negatif atau keadaan positif yang boleh memberi kesan kepada orang yang mental dan fizikal kesejahteraan.

 (Sumber di petik dari En.Wikipedia.org)

Disini jelas menyatakan bahawa tekanan merupakan suatu keadaan yang tidak selesa, serabut melanda mental dan fikiran kita dari persekitaran kita. Terjadinya tekanan dari alam dan manusia sendiri. Stress selalu dikaitkan dengan kerja. Ini adalah benar belaka. Kerja merupakan penyumbang utama stress dikalangan masyarakat dunia pada hari ini. Sejauh manakah stress ini mampu memberikan kesan yang negatif pada kita?



Tekanan perasaan boleh membawa kepada masalah kesihatan teruatamanya bagi mereka yang mempunyai masalah darah tinggi. Ianya boleh membawa maut jika tak dibendung dengan cara yang betul. Tekanan boleh mengundang kepada amarah (sikap marah) yang keterlaluan tanpa kawalan minda yang positif. Nescaya, ramai yang mudah menjadi pemarah jika ia tidak di kawal dengan baik.

Bagi umat Islam, tekanan (Stress) dapat di kawal dan diredakan dengan menunaikan solat, mengambil wudhuk, membaca doa, berzikir dan menikmati keindahan alam sekeliling ciptaan yang Maha Esa.



Dan umat Islam juga disarankan juga membaca Al-Quran. Diantara kelebihan Al-Quran diturunkan adalah sebagai penenang jiwa yang terbaik ciptaan yang Maha Esa untuk hambanNya.





Kebanyakan masyarakat bukan Islam mengamalkan beberapa kaedah lain untuk mengurangkan dan mengawal tekanan (stress) mereka. Salah satunya mereka mengamalkan yoga, berjoging, bersenam, bersukan dan sebagainya.



Ayuh, kita tangani tekanan (stress) dengan positif. Senyumlah kerana itu juga salah satu kaedah mental mimik yang jelas menggambarkan kita mampu mengawalnya. Akhir sekali, kita perlu menguruskan tekanan (stress) dengan baik. Ia boleh berlaku di mana sahaja sebenarnya mahupun dirumah. Maka, kita janganlah suka memberikan tekanan (stress) kepada orang lain, padahal kita yang perlu bertanggungjawab akan sesuatu hal itu. 




Tidaklah molek jika kita melepaskan tanggungjawab kita kepada orang lain tanpa rasa simpati dan belas kasihan. Masing-masing mempunyai kerja dan bebanan tugas masing-masing. Usahlah kita selalu mengeluh akan perkara-perkara kesusahan yang menimpa kita. Semua ini adalah dugaan Allah S.W.T kepada hambaNYA. Nescaya, yang baik itu semua datang dari Allah, yang tidak baik itu semua datang dari kita sendiri. Berdoalah dan mintalah kebaikan, ketenangan, keihlasan dan ketenteraman daripada yang ALLAH yang MAHA ESA lagi MAHA BIJAKSANA.

18 July 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 20

HTC CHACHA kepuasan berfacebook.

Salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai smart phone yang mempunyai butang 'f' iaitu FACEBOOK. Sebelum itu, tahukah anda keluaran HTC SALSA dan HTC CHACHA pernah mencetuskan fenomena di eropah? HTC (High Tech Computer) adalah satu-satunya syarikat pengeluaran telefon pintar yang telah bekerjasama dengan facebook untuk meletakkan satu butang khas ' f ' pada telefon pintar mereka.




Gambar diatas adalah model keluaran HTC iaitu dikiri adalah HTC SALSA dan kanan HTC CHACHA.
Di bawah ini adalah spesifikasi telefon pintar yang memudahkan kita berfacebook tanpa perlu membuka laman web facebook. 



Saya tidak pasti sama ada masih ada keluaran akan telefon pintar ini. Walaubagaimanapun, telefon pintar yang terbaru pada tahun 2013 ini telah banyak berubah wajah dan mempunyai ciri-ciri dalaman yang lebih pantas dan terbaik. Kemajuan teknologi telefon pintar bergerak pantas. Pastikan kita tidak membazir dan memilih telefon yang bersesuaian dengan ekonomi dan keperluan kita. Allahualam.