nuffnang

30 June 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 14

Assalamualaikum semua.

Pagi Isnin ini mungkin yang ramai rasakan ia BLUE Monday. Buang jauh-jauh trend dan psikologi buat kita malas ini. Aku juga harus ingatkan diri sebab Isnin di kebanyakan negara adalah hari pertama bekerja. Cuma  di negara-negara Arab mungkin, yang mendahulukan Ahad sebagai hari bekerja.. 

Kalau Ahad kita malas kerja bolehlah kita panggil BLUE Sunday.. Hehehe..
Memandangkan semua baru lepas dapat gaji dan akan dapat gaji hari ini, jadi moleklah kiranya kita bercerita pasal kenaikan gaji. InsyaAllah, dengan pengalaman aku bekerja dengan swasta selama 6 tahun, aku akan berkongsi serba sedikit cara-cara nak naik SALARY (Gaji) + BONUS.



 Semua yang aku cerita ini adalah realiti dan benar-benar terjadi.
apa itu Salary?? Salary adalah gaji. Naik Gaji?? semua orang nak naik gaji. Tak kiralah di sektor swasta dan awam sekalipun. Ramai yang tidak tahu cara-cara sebenar bagaimana nak naik gaji di swasta. Tidak sukar sebenarnya jika tahu cara dan kaedah secara psikologi dan fisikal.


 Baiklah. Kita mula dengan first month kita dapat gaji. Sebagai contoh RM900 sebagai permulaan. Kebanyakan di Swasta, selepas tiga bulan kita kerja, kita akan di tetapkan posisi jawatan kita. Orang biasa panggil CONFIRM!!.. wah!!! bestnya.. dah confirm kerja. Dekat sini, kita dah dapat banyak benefit (kebajikan dan kebaikan) dari tempat kita kerja daripada Majikan.


Majikan yang baik akan beri kenaikan gaji apabila confirm daripada rm100-300 bergantung kepada jenis kerja kita. Saya akan banyak menekankan kaedah kenaikan gaji di kilang-kilang swasta terutamanya. Boleh juga di praktikkan di tempat lain jika bersesuaian. 


Majikan akan membuat penilaian prestasi kerja kita sepanjang 3 bulan percubaan. Jika memuaskan, kita akan dapat kenaikan pertama CONFIRM.




Cukup Setahun kita bekerja, kita akan di nilai atau orang putih panggil APPRAISAL!! ini lah masanya kita boleh fight naik gaji dengan syarat!! KITA KENA KERJA SUNGGUH-SUNGGUH+DATANG AWAL SELALU+BAIK DENGAN STAFF DAN MAJIKAN... ingat pesan saya ini.. pengaruh dari staff lain juga akan sedikit sebanyak akan memberi kesan penilaian kerja setahun kita. Jadinya, kita kenalah berbaik-baik dengan semua staff bawah hinggalah kepada majikan kita. Jika tak lokek, belanjalah sedikit buah tangan jika kita ada rezeki lebih lepas dapat gaji dan banyakkan bersedekah. Percayalah dengan rezeki Allah S.W.T.




Majikan di kilang amat suka jika kita ada inisiatif untuk majukan kilang. Tidak sesukar mana pun. Kita luangkan masa berfikir kearah memajukan syarikat majikan kita walaupun kita staff bawahan. Banyak cara seperti mengurangkan pembaziran elektrik, kertas dan material-material reject. Dekat sini, kita akan dipandang oleh majikan kita. Kurangkan REJECT (Kecacatan pada produk) akan meningkatkan produktiviti. Selain itu, syarikat juga akan dapat keuntungan daripada pengurangan kepada sifar REJECT.

Tahun kedua kita kerja, kita kena set kan matlamat kita yang kita hendak naik pangkat seterusnya dapat kenaikan gaji setara dengan pencapaian cemerlang kita. Setiap pekerjaan perlu ada visi dan misi. Ini yang akan menjadi tunjak kenaikan SALARY kita. Jika kita pasif, pasif lah gaji kita. Jadinya, kita kena aktif untuk menikmati Kenaikan Gaji (SALARY) seterusnya.


BONUS!BONUS!BONUS

BONUS!! perkara ini memang menjadi idaman bagi semua pekerja-pekerja. Bukan mudah seorang majikan hendak memberi BONUS kepada pekerjanya. Hal itu tidak mustahil kita dapat jika kita tahu kaedahnya. Kita perlu berganding bahu dengan staff lain supaya syarikat dapat membuat keuntungan ajaib hasil daripada pengurangan kos bulanan. Dengan mempersembahkan berita dan laporan bertulis kepada majikan, nescaya mereka akan terngadah dengan fakta yang kita kemukakan. Kita boleh mintak BONUS dan fightlah secara ilmiah di meja rundingan antara majikan dan pekerja.


InsyaAllah, ini semua tak mustahil. Saya pernah mencubanya, berhasil. Majikan akan berdiam diri jika kita tidak bertanyakan akan kenaikan Salary kita. Percayalah. Kita harus bertanya dan minta kenaikan gaji. Lupakan perasaan malu dan sikap takut itu. Jika kita percaya dengan kebolehan yang kita ada, semua ini boleh di realisasikan. Sasaran dan impian perlu kita tanam sejak mula kita bekerja. Beli MOTOR, KERETA, KAHWIN, BELI RUMAH dan sebagainya adalah antara impian yang kita perlu terjemahkan dalam bentuk keikhlasan bekerja dengan penuh semangat dan menerima balasan setimpal dengan kerja kuat kita. Bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan kepada kita.

24 June 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 13

Terdahulu, family dan keluarga adalah dua perkataan yang sama yang menjadi perbualan sebelum dan selepas bujang.. namun, sejauh mana FAMILY ini akan dapat di jaga dan disayang selamanya??



Kita sebagai parent dan ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak... kenangan terindah itu bukan mudah untuk kita gapai dan lalui.. ia suatu nikmat pemberian Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya.. Jangan pula kita lupa akan keluarga adik beradik kita, saudara mara kita.. mereka lah tunjang kekuatan dan teladan buat kita.


Doakan yang terbaik untuk keluarga kita.. set kan minda kita sekarang supaya mereka akan Berjaya dan beriman dunia dan akhirat.. kita kenalah beruasaha sedaya upaya kita menjadi yang lebih baik.. Cleaning out the Past that only make you stuck to the front.. hehehe... memori adalah dalam fikiran sanubari kita.. Pemberian akal fikiran dan nafsu inilah yang memisahkan kita dengan makhluk lain.. Allahualam..

Nota Halaman Kasih Sayang 12

mmm.. Sure rasanya ramai yang tahu pasal RUNNING MAN??
cerita game reality korea yang digilai sehingga ke hari ini.. mana tak nya.. lawak tak ingat.. memang kelakar..


lari ke sana ke mari.. kejar mengejar kesana kesitu.. tak ke penat lawat nyer.. hahaha..
cubalah tengok.. aku rasa tak salah jika kita tgk game show orang lain.. sambil-sambil tu.. belajar la bahasa dorang.. hehehe



kat atas ni lah watak2 utama dalam game show.. akan ada 1-3 orang tetamu jemputan untuk bermain bersama mereka.. namun ada seorang dikalangan mereka yang kita ketahui sebagai "SPARTA KOOK".. brader ni bab kejar dan cari orang memang best.. nyanyi pun sedap.. tak caya.. tengok sendiri..



jadinya, kita ambil iktibar dari sopan dan santun mereka ketika berjumpa, bergurau dan bersenda.. solute sebab bangsa korea dah maju dengan SAMSUNG nya.. dapat beat IPHONE n SONY... anyway, watch it when you need it.. enjoy with your family n friend.. SUm Dwa!! hahaha

23 June 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 11

Assalamualaikum.
Di pagi yang hening dan berjerubu ini, entah kenapa macam nak citer sikit pasal isu EX-Girlfriend.. Nampak macam sulit.. tetapi sebenarnya banyak isu yang mungkin timbul apabila anda ditinggalkan atau meninggalkan mereka dahulu..
 apakah implikasi yang mungkin wujud...???
jeng jeng jeng...



ini yang kita takut.. masih membandingkan karektor ex kita dulu.. setiap insan tak mungkin sama kriteria nya.. jadi jangan kita pandang belakang dan teruslah maju ke depan mencari insan yang lebih sempurna.. InsyaAllah.. jodoh itu ketentuan Illahi.. kita hanya mampu berusaha..
tak di nafikan yang cinta pertama itu susah nak lupa walaupun kita sudah berumah tangga.. namun banyak cara untuk kita elakkan daripada kita selalu teringat akan dia.. banyakkan berdoa.. itu jalan terbaik..


Kekadang tu, kita mungkin tertanya, dah kawin kah dia?? dah ada boyfriend baru ker?? sure lebih baik dari aku ni.. hensem dari aku ni ke??..hehehe.. memang normallah... Allah ciptakan kita berpasang-pasang..

Jadi akhirnya,dimanakah penghujungnya baying-baying Ex ini?? mungkin sampai mati pun kita akan teringat kisah lama yang betul-betul menusuk kalbu ini.. terpulang kawan-kawan... fikiran kita tiada siapa yang dapat lihat melainkan kita berkata-kata dan menulisnya.. Allahualam.. (",)

19 June 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 10

Count to 10 already.. Seterusnya.. Pernah tak makan nasi arab?? inilah rupanya nasi arab.. warna oren-oren kekuning putih-putih.. Nasihat saya.. cubalah makan Nasi Arab lauk Kambing ... bila lagi nak makan kambing.. kali ini la ya.. hehehe



ahaks.. sedap woo.. cubalah dulu.. sya cadangkan cuba try nasib arab ini di resotran Nasi Arab Damsyik di Taman Guru, Senawang, Seremban, Negeri sembilan.. Memang terbaik...

Nota Halaman Kasih Sayang 9

Suami Isteri adalah ikatan yang sah dan halal. Namun sejauh mana cara kita mengekalkan hubungan baik antara keduanya. Disini antara tip-tip rutin untuk menambah kemesraan bersama. Selamat mencuba..


Jangan pelik plak.. ni standard nota jer ni.. hehehe

Nota Halaman Kasih Sayang 8

Sajer nak share hasil kerja tangan aku buat menara tangki air.. nampak sempoi.. tapi ini aje bajet yang aku ada.. Hospital Kuala Lumpur punyer ni.. tapi tak lah 100% sama.. bajet tak de.. bajet sendiri je.. huhuhu.. bos suruh.. buat aje.. hehehe...


Menara tangki air HKL not to scale model.. hehehe

Nota Halaman Kasih Sayang 7

Mmm.. Nak citer pasal favourite makanan western aku.. Inilah dia.. Mixed Grill Black Paper.. Hanya terdapat terbaik di Aeon Jusco Seremban 2.. Di food court Aeon ya.. Cuba Try.. Sedapppp..


Daging Lembu + Daging Ayam + Daging Kambing
Standby la dalam rm20.. sedap gilerr ni... legendaryyyyy!!!

Nota Halaman Kasih Sayang 6

Baru-baru ini aku dan rakan sekerja telah pergi menjalankan kerja-kerja audit di Senggarang, Johor.
Perkara yang paling manis disini untuk tatapan kalian semua.. adalah... Putu bamboo Junirah, Batu Pahat Johor dan cendol pulut tapai yang amat sedap dan lazat.. Bila lagilah nak kesana??.. I like it.. memang sedap.. Cubalah..

Hehehe.. sorry.. dah tinggal sikit jer.. (",)



Inilah dia putu bamboo dan cendol pulut tapai.. terbaik



Yang best nyer.. inti dalam cendol banyak.. kenyang makan.. Alhamdulillah.

Nota Halaman Kasih Sayang 5

Hari-hari seperti biasa perlu kita lalui. Tahun ke tahun tanpa disedari berlalu pantas. Hari lahir datang berkunjung tiba. Kini pada 25 Mei 1984 yang lalu genap lah 29 tahun aku hidup. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit impian tercapai. Rumahku syurgaku kini ku miliki.
Mari kita tinjau-tinjau rumah kecik kami sekeluarga ini.


Simple Hall space dengan sempoi wall art.. Hehehe..


Inilah wall art hasil tangan aku.. still refer Mr. Google image untuk perah idea..
Hak Cipta terpelihara.. Yesss... hehehe


Simple Dinner Table with yellow and greystone color.. 


 Ruang Dapur yang menceriakan anak kami.. Hehehe..


Simple Master Bedroom.. Semua nak coklat.. hehehe


Tv Area with Purple Stylish.. hehehe.. Terbaik.

04 June 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 4

Hari Busy ini hari buatku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini hari busy buat aku. Banyak kerja kena buat. Makan pun tapau jer. Apapun inilah yang best. hehehe.. busy buat kerja memang menyeronokkan. Hakitkatnya aku merindui isteriku. I love you so much. Oh yeah... Esok kena outstation la plak.. Bye..

Wassalam (",)

02 June 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 3


Sejak2 akhir ni, lagu kumpulan ni selalu kedengaran kat radio. Maka aku pun jatuh cinta dengan lagu dan lirik Terima Kasih ni.. Memang melekat dalam hati. Lirik2 mereka sungguh indah dan menyentuh perasaan. Moga-moga dapat berikan kita penuh lagi kasih sayang pada sesiapa yang kita sayang. InsyaAllah.


Lirik Lagu: Terima Kasih - iamNEETA
Rangkap 1:
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukuir di hati

Rangkap 2:
Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

[Ulang Rangkap 1]

Nota Halaman Kasih Sayang 2

Assalamualaikum.

Di pagi yang hening ini, suka untuk aku berikan senyuman pada kalian. :-)
Semoga semua ceria-ceria selalu.
Senyum selalu.
Happy selalu. Hari ini Isnin adalah hari pertama setiap minggu bagi yang bekerja.
Rasa seronok dan malas tu biasalah. Orang putih kata BLUE MONDAY.. ye ke??
hehehe. abaikan.. kita kena kerja demi sesuap nasi beriani.. hehehe.. masyuk tu..
Ingat.. kita kena mulakan sesuatu dengan BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
InsyaAllah, semua akan berjalan lancar.

OK. Selamat bekerja. Love You all !!