nuffnang

31 July 2013

Nota Halaman Kasih Sayang 21

Assalamualaikum.

Memandangkan saya tertarik dengan artikel terbaru oleh cherryvspisang.blogspot.com saya akan berikan pandangan sokongan kepada artikel beliau. Berkenaan dengan Stress ( tekanan ).



Apakah itu tekanan (STRESS)? 
Tekanan adalah tindak balas seseorang kepada tekanan seperti keadaan alam sekitar atau rangsangan. Tekanan adalah cara badan untuk bertindak balas terhadap cabaran. Menurut kepada peristiwa tekanan, cara badan untuk bertindak balas terhadap tekanan adalah dengan pengaktifan sistem bersimpati saraf yang menyebabkan tindak balas melawan-atau-penerbangan. Tekanan biasanya menerangkan satu keadaan yang negatif atau keadaan positif yang boleh memberi kesan kepada orang yang mental dan fizikal kesejahteraan.

 (Sumber di petik dari En.Wikipedia.org)

Disini jelas menyatakan bahawa tekanan merupakan suatu keadaan yang tidak selesa, serabut melanda mental dan fikiran kita dari persekitaran kita. Terjadinya tekanan dari alam dan manusia sendiri. Stress selalu dikaitkan dengan kerja. Ini adalah benar belaka. Kerja merupakan penyumbang utama stress dikalangan masyarakat dunia pada hari ini. Sejauh manakah stress ini mampu memberikan kesan yang negatif pada kita?



Tekanan perasaan boleh membawa kepada masalah kesihatan teruatamanya bagi mereka yang mempunyai masalah darah tinggi. Ianya boleh membawa maut jika tak dibendung dengan cara yang betul. Tekanan boleh mengundang kepada amarah (sikap marah) yang keterlaluan tanpa kawalan minda yang positif. Nescaya, ramai yang mudah menjadi pemarah jika ia tidak di kawal dengan baik.

Bagi umat Islam, tekanan (Stress) dapat di kawal dan diredakan dengan menunaikan solat, mengambil wudhuk, membaca doa, berzikir dan menikmati keindahan alam sekeliling ciptaan yang Maha Esa.



Dan umat Islam juga disarankan juga membaca Al-Quran. Diantara kelebihan Al-Quran diturunkan adalah sebagai penenang jiwa yang terbaik ciptaan yang Maha Esa untuk hambanNya.





Kebanyakan masyarakat bukan Islam mengamalkan beberapa kaedah lain untuk mengurangkan dan mengawal tekanan (stress) mereka. Salah satunya mereka mengamalkan yoga, berjoging, bersenam, bersukan dan sebagainya.



Ayuh, kita tangani tekanan (stress) dengan positif. Senyumlah kerana itu juga salah satu kaedah mental mimik yang jelas menggambarkan kita mampu mengawalnya. Akhir sekali, kita perlu menguruskan tekanan (stress) dengan baik. Ia boleh berlaku di mana sahaja sebenarnya mahupun dirumah. Maka, kita janganlah suka memberikan tekanan (stress) kepada orang lain, padahal kita yang perlu bertanggungjawab akan sesuatu hal itu. 




Tidaklah molek jika kita melepaskan tanggungjawab kita kepada orang lain tanpa rasa simpati dan belas kasihan. Masing-masing mempunyai kerja dan bebanan tugas masing-masing. Usahlah kita selalu mengeluh akan perkara-perkara kesusahan yang menimpa kita. Semua ini adalah dugaan Allah S.W.T kepada hambaNYA. Nescaya, yang baik itu semua datang dari Allah, yang tidak baik itu semua datang dari kita sendiri. Berdoalah dan mintalah kebaikan, ketenangan, keihlasan dan ketenteraman daripada yang ALLAH yang MAHA ESA lagi MAHA BIJAKSANA.

No comments: